Donald Trump Tegaskan Hasrat Ambil Semula Terusan Panama Selepas Angkat Sumpah Sebagai Presiden AS Ke-47
"Kita telah dilayan dengan sangat buruk akibat pemberian bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan. Janji Panama kepada kita telah dilanggar. Tujuan perjanjian kita dan semangat perjanjian itu telah dicabuli sepenuhnya. Kapal-kapal Amerika dikenakan caj berlebihan dan tidak dilayan dengan adil dalam apa jua bentuk. Ini termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Lebih dari itu, China kini mengendalikan Terusan Panama. Kita tidak memberikannya kepada China, kita berikannya kepada Panama, dan kita akan mengambilnya semula," kata Donald Trump selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47. #AWANInews
Tue Jan 21 2025
Presiden Mulino tolak kenyataan Trump tentang Terusan Panama
Presiden Mulino menolak kenyataan Presiden Donald Trump yang mendesak pemulangan semula Terusan Panama kepada Amerika Syarikat.
Mon Jan 20 2025
Mexico sokong Panama susulan ancaman Trump untuk ambil semula Terusan Panama
Sheinbaum menegaskan, Mexico tidak akan sesekali menerima campur tangan asing.
Tue Dec 24 2024
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Sun Dec 22 2024
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Sun Dec 22 2024
Terusan Panama sesak susulan kemarau, 126 kapal kargo tersekat
Pengendali terusan itu mengehadkan laluan kapal ekoran paras air surut.
Sat Aug 26 2023
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wed Jul 26 2023